Selasa, 13 November 2012

WEBSITE GSR BERWAJAH BARU


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada para pembaca Dunia Emas & Perak...

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi... Malam ini InsyaAllah...GSR akan mencipta sejarah dalam tempoh 1 tahun GSR ditubuhkan pelbagai rintangan dan halangan dihadapi. Kini bermula era baru untuk GSR terus focus dan mara kehadapan menjadi penerajui KEDAI EMAS PERAK ONLINE TERBESAR DI MALAYSIA. Harapan dan impian disusuri dengan doa kita bersama untuk mengecapi impian ke arah yg lebih cemerlang pada hari yang mendatang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan anda semua untuk memastikan GSR terus berada di sasaran sebenar. Terima Kasih semua..saya doakan anda semua KAYA DAN BERJAYA. JANGAN LUPA MALAM INI PASTIKAN ANDA LAYARI GEDUNG EMAS PERAK GSR UNTUK SHOPPING SAKAN dengan dihiasi pelbagai jenis dan ukiran yang menawan kalbu..pastinya menyengat hati anda :) Gedung Online akan dibuka pada pukul 10 Malam ini....NANTIKAN KEMUNCULAN NYA ....>> www.gsr2u.com.my


Khamis, 8 November 2012

PRODUK TERBARU DAN TERHANGAT! DINAR SYIFA' GSR


PRODUK TERBARU DAN TERHANGAT! DINAR SYIFA' GSR

Eksklusif dan Terhangat utk anda!

DINAR SYIFA GSR boleh didapati SEKARANG!

Setiap produk mempunyai certifcate + pocket + hologram + Sign Assayer pastinya tulen dan terjamin. 

SERLAHKAN PERKAHWINAN ANDA DENGAN DINAR SYIFA SEBAGAI :

1. HANTARAN

2. MASKAHWIN
3. CENDERAHATI

.
atau untuk SIMPANAN HAJI @ UMRAH anda nanti.



1 Dinar Emas Syifa'
Emas 917
4.25 gram




InsyaAllahUntuk yang nak buat order, boleh komen di bawah or sms 012-331 2201 .
Saya akan offer harga yang sgt ISTIMEWA..

Selasa, 6 November 2012

JADUAL PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS GSR


PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS GSR -NOVEMBER 2012 

MASUK ADALAH PERCUMA !!!



NEGERI SELANGOR

1) NAMA LOKASI: DEWAN SEMINAR, MASJID AL HASANAH BANDAR BARU BANGI
TARIKH: 25/11/2012
MASA: 2.00 PTG - 5.00 PTG

2) NAMA LOKASI: DEWAN SEMINAR, HOTEL DE PALMA SHAH ALAM
TARIKH: 25/11/2012
MASA: 10.00 PG - 12.30 PTG

3) NAMA LOKASI: DEWAN SEMINAR, INSTITUT HARAPAN BANTING
TARIKH: 11/11/2012
MASA: 10.00 PG - 1.30 PTG


NEGERI SABAH

1. NAMA LOKASI: UMS,KOTA KINABALU, SABAH
TARIKH: 17/11/2012
MASA: 9.00 PG - 1.00 PTG

2. NAMA LOKASI: HOTEL LA, TAWAU, SABAH
TARIKH: 18/11/2012
MASA: 9.00 PG - 1.00 PTG


NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

1. NAMA LOKASI : BILIK SEMINAR, HOTEL NEO PEGASUS, NO 128,JLN GENUANG, SEGAMAT.
TARIKH : 17 NOVEMBER 2012 (SABTU)
MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

2. NAMA LOKASI : BILIK SEMINAR, HOTEL SERI MALAYSIA MERSING
https://www.facebook.com/events/317386595035502/
TARIKH : 18 NOVEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 2.30 petang - 5.30 petang

3. NAMA LOKASI : BILIK SEMINAR, HOTEL SAYANG KULAI
https://www.facebook.com/events/165645116909494/
TARIKH : 24 NOVEMBER 2012 (SABTU)
MASA : 2.30 petang - 5.30 petang

4. NAMA LOKASI : BILIK SEMINAR, HOTEL MAYRESS KOTA TINGGI
https://www.facebook.com/events/444310672272823/
TARIKH : 25 NOVEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 2.30 PAGI - 5.30 TENGAHARI


NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1) NAMA LOKASI : BILIK ANGGERIK, PUSAT BELIA ANTARABANGSA CHERAS, KUALA LUMPUR
TARIKH : 10 NOVEMBER 2012 (SABTU)
MASA : 2.00PM - 5.00PM

2) NAMA LOKASI : BILIK SEMINAR BTS, 4-2 JALAN 5A/6, TAMAN SETAPAK INDAH, KUALA LUMPUR (BERHAMPIRAN UPTOWN DANAU KOTA)
TARIKH : 18 NOVEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 2.00PM - 5.00PM


NEGERI PULAU PINANG

1) LOKASI : HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS, PULAU PINANG
TARIKH : 4 NOVEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

2) LOKASI : SAFIRA COUNTRY CLUB SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
TARIKH : 25 NOVEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG


NEGERI TERENGGANU

1. Karnival Produk Usahawan MARA, Marang
Lokasi : Perkarangan Pejabat Daerah Marang
Tarikh : 06-08 Nov 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 9.30 mlm

2. Seminar di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Besut
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Besut
Tarikh : 10 Nov 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

3. Seminar di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Kuala Terengganu
Lokasi : Dewan Seminar YPK, Kuala Terengganu
Tarikh : 15 Nov 2012 (Khamis - Awal Muharram)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Status : Confirmed
Urusetia : Habit (013-934 5000)| Asbullah (013-931 1631) | Shafie (014-508 7493)

4. Seminar di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Marang
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Marang
Tarikh : 13 Nov 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 thgari

5. Seminar di Kuala Berang, Hulu Terengganu
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu
Tarikh : 13 Nov 2012 (Sabtu)
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg

6. Seminar di Bandar Dungun
Lokasi : Hotel Saujana
Tarikh : 19 Nov 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm

7. Seminar di Kertih, Kemaman
Lokasi : Dewan Seminar Kertih (Atas Bank Rakyat)
Tarikh : 20 Nov 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm

8. Seminar di Chukai, Kemaman
Lokasi : Dewan Seminar SafetyCheck Eng. (Atas Stokis Tupperware)
Tarikh : 27 Nov 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm

9. Konvokesyen UiTM Dungun
Lokasi : Kampus UiTM Dungun
Tarikh : 29 Nov - 2 Dis 2012 ()
Masa : 9.00 pagi - 10.30 mlm


NEGERI PAHANG
1) TEMERLOH 
Lokasi: Rumah Rehat Temerloh
Tarikh: 24 Nov 2012
Masa: 2 ptg - 5 ptg.

Kepada rakan-rakan pembaca yang berminat untuk menyertai program ini boleh komen di bawah dan tinggalkan nama, no.hp dan emel anda atau terus SMS/hubungi saya di 012-331 2201 (Jufri)

Jumaat, 28 September 2012

TIPS: ELAKKAN MENJADI MANGSA PENIPUAN (EMAS PERAK)


TIPS: ELAKKAN MENJADI MANGSA PENIPUAN (EMAS PERAK)
Siasat Terlebih Dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti di bawah:

1. Pemberian Dividen Setiap Bulan. Tanpa Buat Kerja
2. Pemberian dalam Bentuk Hibah setiap bulan
3. Perkongsian Keuntungan mengikut % setiap Bulan
4. Bayaran Secara Ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dpt barang. (Deposit Taking)
5. Syarikat yang menawarkan pajak gadai tanpa lesen
6. Syarikat yang menawarkan kadar pertukaran matawang asing.tanpa lesen.
7. Syarikat yang menawarkan pinjaman tanpa lesen
8. Syarikat yang menawarkan khidmat sewa emas perak dan di bayar setiap bulan.
9. Koperasi yang tidak mendaftar

TIPS : SELAMAT DARI DI TIPU.
1. Beli Emas Perak dapat fizikal BUKAN kertas / online akaun
2. Emas Perak Pegang Sendiri JANGAN Kasi orang lain yang pegang.
3. Pastikan product tersebut mempunyai certificate / assayer yang di sahkan ketulenan emas perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli emas perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

RAMAI TERTANYA-TANYA adakah GSR terlibat AKTIVITI yang menyalahi Undang-Undang Bank Negara Malaysia ?

JAWAPAN : TIDAK
Kerana : GSR adalah syarikat yang membekalkan emas perak fizikal dengan harga murah / borong ( Seperti Kedai Emas di luar) . Sebagai contoh : Anda beli emas anda dapat emas kemudian anda simpan sendiri atau memakainya terpulang pada anda semua sebab itu hak anda.

Sekian Untuk Makluman Semua.
Sebarang Pertanyaan sila bertanya kepada Admin.

Rabu, 26 September 2012

INGIN BERNIAGA EMAS PERAK ??

INGIN BERNIAGA EMAS PERAK ??

Pihak GSR menyediakan peluang perniagaan emas perak dengan harga Borong. Dengan Bermodalkan RM1000 mininum anda layak untuk menjalankan perniagaan secara kecilan.

UNTUK MAKLUMAN tuan/puan pihak syarikat membekalkan harga borong kepada anda yang berminat.

Setiap product yang dikeluarkan mempunyai resit & sijil ketulenan yang disahkan oleh pihak Assayer yang bertauliah.

Kepada mereka yang berminat sila komen di bawahNo telefon & lokasi anda untuk saya hubungi untuk penerangan lanjut atau boleh terus daftar di www.gsr2u.com.my/joekidd secara PERCUMA.


Jumaat, 21 September 2012

NILAI EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak berkongsi cerita saya dengan anda semua. Sebelum ni, untuk menyimpan saya hanya guna ASB dan simpan di dalam bank. Tp sejak GSR ada menawarkan Gold Bar 1 gram ni, saya dah mula menyimpan 1 gram Gold Bar setiap bulan. Kenapa saya simpan EMAS ni?

Jawapan UTAMA saya adalah kerana NILAI EMAS sentiasa meningkat. Sebagai contoh, Gold Bar GSR 1 gram ni masa mula2 dikeluarkan dulu hanyalah berharga RM198. Dan kini pada hari ini, NILAINYA sudah menjadi RM210. Peningkatan sebanyak RM12 atau 6%. Tu baru 4 bulan. Kalo setahun?

Saya sarankan anda semua untuk memulakan SIMPANAN EMAS sekarang. X kisah nak mula dgn 1 gram/ 2gram/ 10 gram sebulan sebab yg pasti adalah NILAI EMAS ini akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Jom saya sedia membantu anda utk mulakan SIMPANAN EMAS.

Sila tinggalkan komen anda atau terus hubungi saya di 012-331 2201 (Jufri)




Selasa, 18 September 2012

GOLD SILVER RESOURCES (GSR) SDN. BHD.

APA ITU GSR ?

Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) adalah sebuah syarikat berdaftar milik persendirian sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 11 November 2011. Aktiviti Perniagaan UTAMA GSR adalah mengeluar ,menjual dan membeli barang kemas, jongkongemas, membeli emaster pakai, dinar, syiling emas dan sebagainya berteraskan emas perak fizikal.

Syarikat GSR membekalkan emas perak dengan harga borong kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara kecilan.

Kepada mereka yang berminat boleh komen di bawah untuk sebarang pertanyaan.

PENTING :
Pihak GSR TIDAK menjalankan aktiviti Pemberian DIVIDEN / HIBAH / KEUNTUNGAN SETIAP BULAN / SKIM CEPAT KAYA yang menyalahi undang-undang Bank Negara Malaysia. Semua Aktiviti GSR berkonsepkan TRADING ( JUAL BELI SAHAJA) - HARAP MAKLUM !!


Jumaat, 14 September 2012

5 SEBAB ANDA PERLU MENYIMPAN DAN MEMILIKI EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Emas & Perak,

Berikut adalah 5 sebab utama anda perlu menyimpan dan memiliki EMAS ;)


Khamis, 6 September 2012

WANG UNITED VS REAL EMAS

Perlawanan antara WANG UNITED bertemu REAL EMAS...

wang = ada nilainya
emas = ada nilainya
keputusan.... seri

wang koyak = x nilainya
emas koyak/patah = ada nilainya
keputusan.... wang 0 - 1 emas

wang terbakar = hilang nilainya
emas dibakar/leburkan = ada lagi nilainya
keputusan... wang 0 - 2 emas

wang dicipta = rendah nilainya (mudah je nk dapat/print)
emas tercipta olehNya = tinggi nilainya (x mahluk yg boleh cipta emas ma...)
kuputusan... wang 0 - 3 emas

wang dicuri = risiko dan hilang
emas dicuri = risiko dan hilang
keputusan... wang 0 - 3 emas (sapa suruh lalai)

wang disimpan = nilai menurun
emas disimpan = nilai menaik
keputusan... wang 0 - 4 emas

kegunaan wang = mudah & diterima banyak tempat
kegunaan emas = masih terhad & kurang kesedaran (dinar/dirham...matawang sunnah)
keputusan... wang 1 - 4 emas

cukup la...ref dh tiup wesel...
keputusan akhir,
Wang United 1
Real Emas 4

anda sokong team mana?

Selasa, 4 September 2012

JADUAL SEMINAR EMAS DAN PERAK BAGI BULAN SEPTEMBER

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pembaca blog Dunia Emas & Perak,


Berikut adalah lokasi dan tarikh yg anda boleh datang bersama-sama kami bagi bulan September 2012...

Kami di GSR akan kongsikan:
1. Ilmu Mengenai Kepentingan Emas dan Perak
2. Peluang Perniagaan Emas dan Perak
3. Hadiah Misteri menanti anda yg mendaftar sebagai pengedar!

MASUK ADALAH PERCUMA!!! Sila SMS saya di 012-331 2201 untuk pengesahan kehadiran anda ;)

Ayuh sertai kami dan daftar secara PERCUMA di di www.gsr2u.com.my/joekidd

MODAL KECIL UNTUNG LUMAYAN ;)


Isnin, 3 September 2012

"SPREAD ATAU SUSUT NILAI EMAS

"Spread" adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).

Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.

Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:

Spread - Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan ...
Dinar

Susut nilai - Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas

Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?

Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.

Bagaimana kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?

2 perkara yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:

1. Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat

Bagaimana cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang dipilih?

Formulanya :

Harga Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran

Kajian Kes 1 :

Si A ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.

Tetapi disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011 hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi tersebut adalah amat mustahil dicapai.

Kajian Kes 2 :

Si B ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.

Dengan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat 3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya adalah 15%.

-credit to www.pelaburjutawan.com

Rabu, 29 Ogos 2012

PROGRAM KEUSAHAWANAN GSR

Anda berminat untuk menjadi usahawan EMAS dan PERAK?

Kami di GSR menyediakan platform utk anda menjadi seorang usahawan dgn MODAL YANG RENDAH...

Kenapa GSR? Lihat gambar di bawah...

Berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh komen di bawah, daftar secara percuma di www.gsr2u.com.my/joekidd atau hubungi saya di 012-331 2201 (Jufri). Saya akan bantu anda ;)

Selasa, 28 Ogos 2012

CUSTOMER GSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya tunjukkan kpd anda semua wajah-wajah gembira customer GSR yg telah mendapatkan produk-produk EMAS dan PERAK keluaran GSR sbg medium simpanan masa depan mereka.

Beruntungnya mereka kerana mereka sedar betapa pentingnya menyimpan EMAS dan PERAK sbg simpanan masa depan mereka.

Jika anda belum lagi memulakan SIMPANAN EMAS dan PERAK anda, saya boleh membantu anda utk mulakannya.

BAGAIMANA? Hubungi saya di 012-331 2201

Isnin, 13 Ogos 2012

PERBEZAAN EMAS 999 (24k) DAN 916 (22k)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Dunia Emas dan Perak,

Semalam saya dapat panggilan telefon dari seorang prospek bertanyakan tentang perbezaan antara emas 999 (24k) dan 916 (22k). Secara perbandingannya adalah:


Emas 999 (24k) :
  • Emas 1st class (orang panggil emas kelas pertama)
  • Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing.
  • Kandungan Emas 99.9% (sangat2 tinggi ;)
  • ianya agak lembut( boleh dibentuk menjadi objek pejal spt barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek @ jatuh)
  • Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
  • Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
  • Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu harga tinggi.
  • Kekurangan emas 999 : Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu tidak menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar; Okeh itu, Jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda, eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.



Emas 916 (22k) :
  • Emas 3rd class, bukan ORIGINAL ye… (bukan emas sepenuhnya)
  • Kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
  • 8.4 adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam.
  • Pembeli biasa biasanya Tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan.
  • Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
  • Cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
  • Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
  • Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu agak rendah.
  • Kelebihan emas 916 : Biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua arrahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas.

Ahad, 12 Ogos 2012

GOOD NEWS!!! PRODUK TERBARU MAMPU MILIK RANTAI TANGAN FANCY SERIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Dunia Emas & Perak,

Berita gembira untuk anda semua. GSR melangkah setapak lagi kehadapan dengan pengeluaran tiga (3) design Rantai Tangan Fancy Series yang pastinya MAMPU MILIK dan TIADA KOS UPAH. Memperkenalkan:

NEW PRODUCT : +7.5 Gram RT Fancy Series 22k (916) . Yang pasti MURAH dan berbaloi2....sempena Hari Raya memang sesuai sgt..FREE KOS UPAH.


 
NEW PRODUCT : +9 Gram RT Fancy Series 22k (916) . Yang pasti MURAH dan berbaloi2....sempena Hari Raya memang sesuai sgt..FREE KOS UPAH. 


NEW PRODUCT : +16 Gram RT Fancy Series 22k (916) . Yang pasti MURAH dan berbaloi2....sempena Hari Raya memang sesuai sgt..FREE KOS UPAH.


Berminat? Nak diskaun?? Boleh tinggalkan komen anda di bawah atau terus hubungi saya di talian 012-331 2201.

Terima kasih...

Ahad, 5 Ogos 2012

PRODUK TERBARU GSR!!!

PRODUK TERBARU KELUARAN GSR TELAH BERADA DI PASARAN!!!

Memperkenalkan Rantai Leher keluaraan GSR di datangkan dalam 3 design yg MAMPU DIMILIKI..

Yang bestnya adalah PERCUMA KOS UPAH!!! CONFIRM MURAH!!!

Nak lagi MURAH boleh komen di bawah...

Khamis, 12 Julai 2012

HUKUM JUAL BELI DAN PELABURAN EMAS YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT GENNEVA MALAYSIA SDN. BHD.


Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yan...g dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.TIDAK MEMATUHI sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.



Jumaat, 6 Julai 2012

JADUAL SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK BAGI BULAN JULAI 2012

JADUAL SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK sepanjang bulan JULAI 2012 anjuran GOLD SILVER RESOURCES (GSR) SDN. BHD di SELURUH MALAYSIA.

Peluang untuk kita semua menimba ilmu tentang kepentingan menyimpan EMAS dan PERAK secara PERCUMA!!!

FAST ACTION, FAST RESULT!!!

Hubungi saya, JUFRI di 012- 331 2201 utk tempahan tempat duduk...



Selasa, 26 Jun 2012

HOT ITEM di GSR!!!!

HOT ITEM di GSR!!!! GOLD BAR GSR 1 GRAM...

Dapatkan TAWARAN ISTIMEWA dari saya bermula hari ini sehingga 06 Julai 2012. 

Sangat sesuai dijadikan SIMPANAN BULANAN. SMS saya di 012- 331 2201 untuk LOCK!!!


CEPAT SEHINGGA STOK MASIH ADA!


DIJAMIN SAMPAI KE TANGAN ANDA!!!



Khamis, 14 Jun 2012

SEMINAR CELIK EMAS PERAK BERSAMA GSR

JADUAL SEMINAR CELIK EMAS PERAK BERSAMA GSR di SELURUH NEGARA .Orang Ramai Di Jemput Hadir. Untuk pendaftaran sila Hubungi saya di 012-331 2201 segera utk tempahan tempat duduk. MASUK PERCUMA. Tempat adalah TERHAD. Dapatkan Paper Kosmo pada 14, 15, 16, 21, 25, 26 dan 27 Jun 2012 ;)


Jumaat, 8 Jun 2012

SEMINAR TRANSFORMASI SIMPANAN EMAS DAN PERAK

Kepada semua rakan2 pembaca blog Dunia Emas & Perak, saya akan menganjurkan SEMINAR TRANSFORMASI SIMPANAN EMAS DAN PERAK pada 16 Jun 2012 (Sabtu) jam 2.30 petang di Bilik Kelab, Kompleks Kejiranan Presint 16, Presint 16, Putrajaya. Terbuka kepada SEMUA yang ingin tahu tentang kelebihan menyimpan EMAS dan PERAK. Masuk adalah PERCUMA!!! Mohon jasa baik anda semua utk sebar2kan kepada rakan-rakan anda yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Serdang dan sekitarnya ;) Terima kasih semua ;) Hubungi saya di 012-331 2201 utk keterangan lanjut ;)





Rabu, 6 Jun 2012

TESTIMONIAL UNTUNG JADI PENGEDAR EMAS PERAK GSR


TESTIMONIAL UNTUNG JADI PENGEDAR EMAS PERAK GSR...




Yang tak biasa bisnes ..pun boleh berjaya..anda bila lagi ? di GSR kami akan ajar anda step by step menjadi seorang usahawan emas yang berjaya. Tinggalkan komen anda dan saya akan hubungi anda dengan segera...

Rabu, 30 Mei 2012

PILIHAN SIMPANAN DAN PELABURAN ANDA?

As salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Emas & Perak. Mohon anda semua kaji pilihan-pilihan simpanan dan pelaburan di bawah. Mana yang lebih baik dan menjamin masa depan anda? Anda sendiri tentukan... Jika anda bertanya kepada saya, dah tentu saya akan menjawab simpanan emas fizikal sebagai pilihan utama... Saya  hanya menyimpan 1 gram EMAS sebulan... Sebab itu yang saya mampu... Tetapi kalau setahun saya dapat simpan 12 gram, untuk 20 tahun saya mungkin dah ada 240 gram EMAS... Agaknya berapa nilai EMAS ketika itu? Fikir-fikirkan dan boleh kongsi di sini dengan tinggalkan komen anda ;)


Selasa, 29 Mei 2012

SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK DI TERENGGANU

Salam kepada semua2 rakan pembaca blog ini yang berada di sekitar Terengganu, GSR dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan untuk menghadiri Seminar Celik Emas dan Perak di Kerteh dan Kuala Terengganu pada 01 dan 02 Jun 2012. Hubungi saya untuk tempahan tempat duduk. Seminar ini dibawakan khas untuk anda secara PERCUMA!!!

Khamis, 24 Mei 2012

HADIAH PERCUMA : 1 GRAM GOLD BAR GSR


HADIAH PERCUMA : 1 GRAM GOLD BAR GSR " Sila Beri Ayat Power tidak melebihi 10 patah perkataan" SAYA SUKA EMAS KERANA: _________________________
Perhatian: Pemenang yg memberi komen ayat power akan menerima 1 GRAM GOLD BAR GSR . Keputusan adalah MUKTAMAD. Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Jun 2012. Untuk penyertaan sila layari: www.facebook.com/gsr2u


Rabu, 23 Mei 2012

TUKARKAN WANG SIMPANAN ANDA KEPADA EMAS!!!



  1. Salam semua rakan2 pembaca blog,

    Hari ni adalah hari gaji untuk semua penjawat awam... Saya check je duit dah masuk dalam akaun terus saya asingkan 10% untuk beli emas sebagai simpanan... Kalo tuan/puan pun nak mula menyimpan, saya cadangkan agar simpan dari sekarang, bukannya tunggu dah hujung bulan, tgk duit tinggal berapa baru nak simpan... Jawabnya mmg abisla semua duit gaji kita... Jadi, ape yang tuan/puan tunggu lagi, jom tukarkan wang simpanan kita kepada emas. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012 331 2201...



Selasa, 22 Mei 2012

BOOTH GSR DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA

BOOTH GSR DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA



Bersempena HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN ini Syarikat Emas dan Perak Tersohor di Malaysia , Gold Silver Resources Sdn Bhd Malaysia atau GSR akan mengambil peluang ini untuk membuka Pusat Informasi Emas dan Perak sepanjang program ini berlangsung iaitu dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini sebagai salah satu inisiatif penting untuk menyampaikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya membeli dan menyimpan emas dan perak fizikal untuk masa depan.

Event ini akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi pada belia-belia negara dan sesiapa juga yang berminat untuk mendapatkan info lanjut berkenaan emas dan perak untuk simpanan masa depan ini boleh la berkunjung ke booth kami yang bertempat di :

BOOTH NO: JM08 - BERHADAPAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PRESINT 2 PUTRAJAYA. BOOTH CORNER LOT... kalau xjumpa jugak boleh call saya di 012 331 2201



Jumaat, 4 Mei 2012

CARA PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK


Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.

Untuk pengetahuan semua, emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000 = RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah = 250 gram – 150 gram (uruf) = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram) = 2.5% x (100 gram x RM157.00) = RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia

1.  Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2.  Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3.  Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4.  Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5.  Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6.  Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7.  Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8.  Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9.  Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10.Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11.Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12.Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13.Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14.Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

Soalan 1:
Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan:
Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

Soalan 2: 
Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan:
Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

Soalan 3:
Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan:
Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

Soalan 4:
Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan:
Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

Soalan 5:
Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan:
Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

Soalan 6:
Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan:
Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999. Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500 = RM112.50

Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu tuan/puan memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Jangan takut dengan istilah atau berzakat. Bila mana tuan/puan berzakat sebenarnya anda adalah sebahagian dari orang yang kaya atau berharta kerana
zakat tidak dikenakan ke atas orang yang miskin.

Zakat juga menyuburkan harta. Semakin banyak zakat yang anda keluarkan semakin bertambah-tambah
rezeki yang anda perolehi kelak. Itulah janji Allah kepada mereka yang berzakat. Percayalah!
Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.


Khamis, 3 Mei 2012

7 PERBUATAN ATAU PERKARA YANG HARUS ANDA ELAKKAN DALAM PELABURAN EMAS


Berikut adalah 7 perbuatan atau perkara yang harus anda elakkan dalam pelaburan emas:

1. Malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet.

2. Gadaian Ar rahnu sebarangan.
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.
Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya.

3. Jual emas anda tanpa alasan yang kukuh.
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1. Rumah 2. Hartanah 3. Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5. Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.

4. Simpanan dalam wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

5. Tunggu dan tunggu tanpa tindakan.
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!

6. Menolak mentah muamalah Dnd (Dinar dan dirham)
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.
Sokonglah matawang sunnah Islam Dinar dan Dirham.

7. Pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini. Macam-macam info pelaburan dan simpanan emas ada.
"jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya....."



Rabu, 2 Mei 2012

SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK JELAJAH SELANGOR

SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK JELAJAH SELANGOR

GSR akan menganjurkan Seminar Celik Emas dan Perak Jelajah Selangor pada bulan Mei 2012. Tuan/Puan boleh rujuk Jadual seperti gambarajah. Seminar ini dibawakan khas untuk anda secara PERCUMA!!! Jika berminat untuk menyertainya, tuan/puan boleh hubungi saya Izhairil Jufri bin Mohamad Basuki, Authorised Dealer GSR (WPP0002) di talian 0123312201 atau tinggalkan komen anda di bawah. Tempat adalah TERHAD!!!

Isnin, 30 April 2012

SEMINAR TARIKAN EMAS & PERAK



Bersempena dengan PESTA KONVO UTM ke-48, Team GSR Johor dengan inisiatif ini membawakan kepada anda progrom pendidikan ilmu emas dan perak seperti butiran yang berikut:-   SEMINAR TARIKAN EMAS PERAK "Generasi Kini Kilauan Masa Hadapan" (STEP'12)

TEMPAT: RUMAH ALUMNI, UTM, SKUDAI
TARIKH: 6 MEI 2012
MASA: 10 PAGI - 3 PETANG
PERASMIAN PROGRAM: YANG BERBAHAGIA PROF DR. ZUHAIMY BIN ISMAIL

PENDAFTARAN PERCUMA!!! MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN HANDSOUT DIBERI PERCUMA CABUTAN BERTUAH!!!   SEMUANYA ADALAH PERCUMA!

Pengisian Program: Seminar Semaian Ilmu Emas & Perak
Kupasan Peluang Kerjaya
Demonstrasi Penulenan Emas
Testimoni Ahli GSR
Pameran Produk Emas & Perak
Tayangan Video Dan banyak lagi..!!

Apa tunggu lagi?! Pendaftaran dibuka sekarang! Apa anda perlu buat? Hubungi saya segera dan tinggalkan komen anda dibawah dan berikan butiran diri anda seperti Nama, IC. No. kepada saya.

Jangan tunggu lagi! Tempat terhad hanya untuk 100 orang sahaja! Semuanya percuma untuk anda!

Selasa, 24 April 2012

7 CARA MENGGANDAKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS ANDA


1. Harga/Masa
Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan..
Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar)
Pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual.
Manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc.
Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan
Keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda.
Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu
Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja.
Pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan
Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan.
Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas.
Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas.
Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata.
Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan emas pada masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru
Anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda. Anda boleh membeli apa sahaja produk emas yang ada di Malaysia yang boleh dijadikan pelaburan. Antara produk yang boleh pelbagaikan pelaburan anda seperti GSR tawarkan.. Visit www.gsr2u.com.my/joekidd for more info ;)





Jumaat, 20 April 2012


PENGUMUMAN KHAS

NEW PRODUCT GSR : 1 - 2 Gram CINCIN 916.

Sgt sesuai utk mrk yg selalu saving kurang RM200 sebulan. Juga sesuai untuk dijadikan hantaran/hadiah dan sebagainya ;)

Dah boleh order melalui website : www.gsr2u.com.my/joekidd

Anda perlu register FREE Member dulu ya sebelum order.


Cantik + Mampu Milik + Simpanan 1g 1 bulan anda mampu!!



KETULENAN DIAKUI OLEH ASSAYER

Khamis, 19 April 2012

7 CARA MENGGANDAKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS


1. Harga/Masa
Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan..
Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar)
Pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual.
Manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc.
Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan
Keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda.
Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu
Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja.
Pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan
Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan.
Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas.
Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas.
Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata.
Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan emas pada masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru
Anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda. Anda boleh membeli apa sahaja produk emas yang ada di Malaysia yang boleh dijadikan pelaburan. Antara produk yang boleh pelbagaikan pelaburan anda seperti GSR, GCP, Public Gold, Emas Kijang dan banyak lagi.