Selasa, 24 April 2012

7 CARA MENGGANDAKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS ANDA


1. Harga/Masa
Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan..
Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar)
Pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual.
Manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc.
Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan
Keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda.
Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu
Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja.
Pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan
Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan.
Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas.
Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas.
Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata.
Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan emas pada masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru
Anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda. Anda boleh membeli apa sahaja produk emas yang ada di Malaysia yang boleh dijadikan pelaburan. Antara produk yang boleh pelbagaikan pelaburan anda seperti GSR tawarkan.. Visit www.gsr2u.com.my/joekidd for more info ;)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan