As salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Emas & Perak. Mohon anda semua kaji pilihan-pilihan simpanan dan pelaburan di bawah. Mana yang lebih baik dan menjamin masa depan anda? Anda sendiri tentukan... Jika anda bertanya kepada saya, dah tentu saya akan menjawab simpanan emas fizikal sebagai pilihan utama... Saya hanya menyimpan 1 gram EMAS sebulan... Sebab itu yang saya mampu... Tetapi kalau setahun saya dapat simpan 12 gram, untuk 20 tahun saya mungkin dah ada 240 gram EMAS... Agaknya berapa nilai EMAS ketika itu? Fikir-fikirkan dan boleh kongsi di sini dengan tinggalkan komen anda ;)
Rabu, 30 Mei 2012
Selasa, 29 Mei 2012
SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK DI TERENGGANU
Salam kepada semua2 rakan pembaca blog ini yang berada di sekitar Terengganu, GSR dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan untuk menghadiri Seminar Celik Emas dan Perak di Kerteh dan Kuala Terengganu pada 01 dan 02 Jun 2012. Hubungi saya untuk tempahan tempat duduk. Seminar ini dibawakan khas untuk anda secara PERCUMA!!!
Khamis, 24 Mei 2012
HADIAH PERCUMA : 1 GRAM GOLD BAR GSR
HADIAH PERCUMA : 1 GRAM GOLD BAR GSR " Sila Beri Ayat Power tidak melebihi 10 patah perkataan" SAYA SUKA EMAS KERANA: _________________________
Perhatian: Pemenang yg memberi komen ayat power akan menerima 1 GRAM GOLD BAR GSR . Keputusan adalah MUKTAMAD. Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Jun 2012. Untuk penyertaan sila layari: www.facebook.com/gsr2u
Rabu, 23 Mei 2012
TUKARKAN WANG SIMPANAN ANDA KEPADA EMAS!!!
Hari ni adalah hari gaji untuk semua penjawat awam... Saya check je duit dah masuk dalam akaun terus saya asingkan 10% untuk beli emas sebagai simpanan... Kalo tuan/puan pun nak mula menyimpan, saya cadangkan agar simpan dari sekarang, bukannya tunggu dah hujung bulan, tgk duit tinggal berapa baru nak simpan... Jawabnya mmg abisla semua duit gaji kita... Jadi, ape yang tuan/puan tunggu lagi, jom tukarkan wang simpanan kita kepada emas. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012 331 2201...
Selasa, 22 Mei 2012
BOOTH GSR DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA
BOOTH GSR DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA
Bersempena HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN ini Syarikat Emas dan Perak Tersohor di Malaysia , Gold Silver Resources Sdn Bhd Malaysia atau GSR akan mengambil peluang ini untuk membuka Pusat Informasi Emas dan Perak sepanjang program ini berlangsung iaitu dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini sebagai salah satu inisiatif penting untuk menyampaikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya membeli dan menyimpan emas dan perak fizikal untuk masa depan.
Event ini akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi pada belia-belia negara dan sesiapa juga yang berminat untuk mendapatkan info lanjut berkenaan emas dan perak untuk simpanan masa depan ini boleh la berkunjung ke booth kami yang bertempat di :
BOOTH NO: JM08 - BERHADAPAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PRESINT 2 PUTRAJAYA. BOOTH CORNER LOT... kalau xjumpa jugak boleh call saya di 012 331 2201
Bersempena HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN ini Syarikat Emas dan Perak Tersohor di Malaysia , Gold Silver Resources Sdn Bhd Malaysia atau GSR akan mengambil peluang ini untuk membuka Pusat Informasi Emas dan Perak sepanjang program ini berlangsung iaitu dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini sebagai salah satu inisiatif penting untuk menyampaikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya membeli dan menyimpan emas dan perak fizikal untuk masa depan.
Event ini akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi pada belia-belia negara dan sesiapa juga yang berminat untuk mendapatkan info lanjut berkenaan emas dan perak untuk simpanan masa depan ini boleh la berkunjung ke booth kami yang bertempat di :
BOOTH NO: JM08 - BERHADAPAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PRESINT 2 PUTRAJAYA. BOOTH CORNER LOT... kalau xjumpa jugak boleh call saya di 012 331 2201
Jumaat, 4 Mei 2012
CARA PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan semua, emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000 = RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah = 250 gram – 150 gram (uruf) = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram) = 2.5% x (100 gram x RM157.00) = RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10.Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11.Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12.Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13.Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14.Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
Soalan 1:
Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan:
Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
Soalan 2:
Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan:
Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
Soalan 3:
Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan:
Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
Soalan 4:
Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan:
Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
Soalan 5:
Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan:
Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
Soalan 6:
Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan:
Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999. Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500 = RM112.50
Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu tuan/puan memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Jangan takut dengan istilah atau berzakat. Bila mana tuan/puan berzakat sebenarnya anda adalah sebahagian dari orang yang kaya atau berharta kerana
zakat tidak dikenakan ke atas orang yang miskin.
Zakat juga menyuburkan harta. Semakin banyak zakat yang anda keluarkan semakin bertambah-tambah
rezeki yang anda perolehi kelak. Itulah janji Allah kepada mereka yang berzakat. Percayalah!
Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Khamis, 3 Mei 2012
7 PERBUATAN ATAU PERKARA YANG HARUS ANDA ELAKKAN DALAM PELABURAN EMAS
Berikut adalah 7 perbuatan atau perkara yang harus anda elakkan dalam
pelaburan emas:
1. Malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang
emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang
kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu
anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak
pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak
dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan
sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan
syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun
menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia
ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati
kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai
tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang
menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes
dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.
Anda juga boleh mendapatkan mentor
untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang
untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Tambah ilmu dengan membaca buku atau
cari maklumat di internet.
2. Gadaian Ar rahnu
sebarangan.
Ramai yang menyalahgunakan
perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman
bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan
sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga
RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar
menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan
menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga
kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan
pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham
tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si
penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam
ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja
memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan
cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang
lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan
yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi
Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan
orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk
televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas
jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak
untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda
jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan
peniaga emas yang membuta tuli.
Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan
salah gunakannya.
3. Jual emas anda tanpa
alasan yang kukuh.
Jangan jual emas anda tanpa
sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah
jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang
harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda
hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5
perkara di bawah :
1. Rumah 2. Hartanah 3. Emas dalam
bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5. Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan
harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli
dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual
semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak
turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang
lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika
anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian
dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai
contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
4. Simpanan dalam wang
kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang
kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan
seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak
susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin
susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan
yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan
anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal
seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.
5. Tunggu dan tunggu
tanpa tindakan.
Jangan terlalu menunggu harga rendah
baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul
emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas
murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang
kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata
mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi
tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat
orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa
RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau
yang meniaga macam mana,lagi untung!
6. Menolak mentah
muamalah Dnd (Dinar dan dirham)
Jangan menolak atau menafikan
tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai
yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang
Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih
giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah
bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima
dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar
dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group
perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group
untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat
DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita
sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap
yang sepatutnya.
Sokonglah matawang sunnah Islam
Dinar dan Dirham.
7. Pentingkan diri
sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang
celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info
yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan
dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya
dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk
muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan
datang.
Tak guna jika hanya kita seorang
sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi
saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang
ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang
penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah
info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini. Macam-macam info
pelaburan dan simpanan emas ada.
"jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya....."
Rabu, 2 Mei 2012
SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK JELAJAH SELANGOR
SEMINAR CELIK EMAS DAN PERAK JELAJAH SELANGOR
GSR akan menganjurkan Seminar Celik Emas dan Perak Jelajah Selangor pada bulan Mei 2012. Tuan/Puan boleh rujuk Jadual seperti gambarajah. Seminar ini dibawakan khas untuk anda secara PERCUMA!!! Jika berminat untuk menyertainya, tuan/puan boleh hubungi saya Izhairil Jufri bin Mohamad Basuki, Authorised Dealer GSR (WPP0002) di talian 0123312201 atau tinggalkan komen anda di bawah. Tempat adalah TERHAD!!!
Langgan:
Catatan (Atom)