Sabtu, 14 April 2012

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INFLASI?

Secebis perkongsian hari ini:

Apa yang dimaksudkan dengan inflasi?

Inflasi dalam kamus Ekonomi Kapitalis bermaksud kenaikan harga umum bagi barang dan perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini bukanlah definisi yang sebenar tapi definisi untuk mengaburkan orang awam dan berselimut disebalik keburukan wang kertas (camouflage).

Erti sebenar inflasi adalah peningkatan/lambakan duit kertas di pasaran (increase of money supply), seterusnya peningkatan duit kertas di pasaran menyebabkan nilai matawang itu jatuh dan disebabkan nilai matawang itu jatuhlah harga barang dan perkhidmatan meningkat.

Maka pengertian dalam teori ekonomi adalah salah, itu bukanlah pengertian yang sebenar tapi lebih kepada AKIBAT/KESAN daripada INFLASI adalah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan.



Tidak ada subjek yang lebih menggelirukan orang ramai selain dari inflasi. Sangat sedikit yang memahaminya. Ahli politik bercakap seolah – olah mereka tidak dapat mengawal inflasi sebagaimana mereka tidak dapat mengawal banjir, penyakit dan bencana alam yang lain. Inilah yang selalu dijanjikan mereka setiap kali pilihanraya , yakni untuk memerangi inflasi, hanya rakyat yang dapat memberi mereka senjata atau kuasa untuk meluluskan undang – undang berkaitan inflasi.

Hakikat sebenarnya amat mudah, ahli politik inilah yang membawa inflasi dengan wang mereka dan polisi kewangan mereka. Mereka berjanji untuk memerangi inflasi dengan tangan kanan mereka sedangkan tangan kiri mereka membawa inflasi.

Inflasi adalah disebabkan oleh kenaikan jumlah wang dan kredit. Sebenarnya , inflasi itu sendiri bermaksud pertambahan jumlah bilangan wang dan kredit. Kalau kamu melihat American College Dictionary, sebagai contoh, definasi awal inflasi dinyatakan seperti berikut :

Undue expansion or increase of the currency of a country, especially by the issuing of paper money not redeemable in specie.

Perkembangan atau penambahan matawang sesebuah Negara, terutamaya melalui pengeluaran wang kertas tanpa sandaran keatas apa – apa. (kertas kosong)

Tahun – tahun kebelakangan ini definasinya berubah secara radikal dan ini diiktiraf sebagai definasi kedua oleh American College Dictionary: 

A substantial rise of prices caused by an undue expansion in paper money or bank credit.

Kenaikan ketara harga disebabkan perkembangan wangkertas atau kredit bank.

Jadi sekarang, nampaknya kenaikan harga disebabkan oleh perkembangan jumlah wang, tidak sama dengan perkembangan wang itu sendiri.

Mari kita lihat apa yang berlaku dengan inflasi dan kenapa ia berlaku. Apabila jumlah bekalan wang bertambah, orang ramai akan memiliki wang yang berlebihan keatas barangan. Jika jumlah bekalan barangan tidak bertambah atau tidak ditambah setara dengan pertambahan wang maka barang akan naik. Setiap dollar akan menjadi kurang nilai kerana dollar yang ditambah. Dollar yang bertambah ini menghambat barangan yang ada. Jadi harga ditentukan pada nisbah dollar keatas unit barang. Apabila dollar semakin banyak nilainya menjadi kurang. Barangan akan naik, bukan kerana kekurangan bekalan tetapi kerana dollar yang banyak..

Jika dulu, Negara – Negara mengembangkan duit dangan mengikis duit menjadi kecil atau menurunkan nilai duit tetapi sekarang mereka mendapati kaedahnya lebih murah dan senang dengan percetakan wang kertas. Negara akan menjual bon kepada bank. Sebagai bayaran bank akan mencipta deposit dalam akaun supaya kerajaan boleh mengeluarkannya. Bank akan menjual bon /iou kepada Federal Reserve yang akan membayar bank dengan menambah deposit bank di FDR atau mencetak wang baru untuk membayar bank tersebut. Jadi inilah cara wang dicipta hari ini.

Jumlah yang lebih besar dikeluarkan di AS , bukan melalui perpindahan wang kertas antara tangan ke tangan , tetapi melalui deposit yang dikeluarkan melalui cek . Wang yang dikeluarkan berjumlah $63.3 billion pada Disember 1939, dan $308.8 billion pada Disember 1963. Kenaikan 388% dalam jumlah wang mengatasi index harga yang naik 138% dalam tempoh yang sama.

Satu lagi silap faham :

Selepas perang Korea , barangan naik disebabkan spekulasi barang berkurangan. Spekulator mula menyorok dengan harapan mengambil keuntungan dari kenaikan harga barang pada masa depan. Tetapi unuk melakukan ini mereka mengambil loan dari Bank. Kenaikan harga barang berlaku serentak dengan kenaikankan jumlah wang kerana loan dan deposit. Dari 31 Mei, 1950 hingga 30 Mei 1951, loan / pinjaman bank naik sehingga $12 billion. Jika tidak kerana kenaikan pinjaman bank dan wang baru ( wang hanya sekitar $6 billion pada penghujung Januari 1951) harga tidak akan naik. Harga naik kerana wang bertambah. 

Dengan menyalahkan kurangan bekalan sebagai punca kenaikan harga dan mengtakrifkannya sebagai inflasi memperlihatkan kebodohan mereka 

Menggunakan inflasi sebagai kenaikan harga barangan akan menjauhkan punca sebenar inflasi dan mencari remedi kepada inflasi 

Remedi kepada inflasi 

Punca inflasi ialah penciptaan wang dan kredit. Remedinya mudah dan simple berhentikan sahaja percetakan wang dan kredit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan